
TUJUAN
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan internet
AKTIVITI
Pada 19 Disember 2024, Program 5 Pillar NADi4U SAFE di Sekolah Menengah Agama Marang yang di kendalikan oleh NADI Kluster Marang telah berlangsung dengan penuh kejayaan!
Selain memberi pendedahan mengenai keselamatan internet, program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik:
*Pemeriksaan Kesihatan – Pelajar berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan asas untuk memastikan kesejahteraan fizikal mereka terjaga.
*Game Fast Typing – Satu aktiviti yang menguji kelajuan menaip pelajar! Pelajar bersaing untuk menaip secepat mungkin, dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran menaip mereka.
Sesi interaktif ini bukan sahaja mendidik pelajar tentang keselamatan dalam dunia digital, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk meningkatkan kesihatan dan kemahiran dalam suasana yang menyeronokkan.
Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat! Semoga program ini memberi manfaat berterusan kepada semua yang hadir.
#NADi4U#5PillarProgram#KeselamatanInternet#SekolahMenengahAgamaMarang#FastTypingGame#PemeriksaanKesihatan#SafeInternet#nadiklustermarang