mcmc
Maklumat Setempat

PEMBUKAAN OPERASI PUSAT INTERNET KG PANTAI MERCHANG

Assalamualaikum WBT

Berikutan dengan keputusan kerajaan Malaysia yang membenarkan sektor tertentu beroperasi semula secara terhad dengan syarat-syarat yang ketat semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),Pusat Internet (PI) akan beroperasi semula pada 18 Mei 2020 dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Waktu Operasi 9.00Am – 4.00Pm

Pengunjung juga dinasihatkan supaya mengikut standard operasi yang telah ditetapkan seperti berikut :
✅ Menjaga jarak 1 Meter.
✅ Menggunakan hand sanitizer yang disediakan.
✅ Pengunjung yang dibenarkan hanya 5 orang dalam 1 masa.
✅ Digalakkan memakai topeng muka/penutup hidung semasa berurusan.
? Suhu badan pengunjung 37.5 keatas tidak dibenarkan masuk.

Pengunjung juga digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum ke Pusat Internet (PI) dengan petugas

En. Aiman (019-3848498) atau Pn. Effa (013-9892621)

Bersama kita membendung penularan Covid-19.

Terima Kasih.

#covid19Malaysia
#kitajagakita