mcmc
Maklumat NADI

Maklumat NADI

salam

 salam

 

 

 

heart highlight valentine-555px SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL KG PANTAI MERCHANG 

 

heart highlight valentine-555pxTerlebih dahulu diucapkan kepada pengunjung-pengunjung di laman portal PEDi Kg Pantai Merchang. Mungkin sudah ramai yang mengenali PEDi Kg Pantai Merchang namun masih lagi yang tertanya-tanya apa itu PEDi ? Kerana sebelum ini PUSAT INTERNET 1MALAYSIA dikenali sebagai PJK iaitu pusat jalur lebar komuniti. Pusat Internet 1Malaysia di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Pada tahun 2022, Ia dijenamakan sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) selaras dengan inisiatif kerajaan dalam melahirkan komuniti digital khususnya usahawan digital.

heart highlight valentine-555pxAlhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan kurnianya  PEDi Kg Pantai Merchang telah berwajah baru apabila proses pengubahsuaian telah berakhir dan telah beroperasi pada 12 Jan 2015. Terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan kepada pengunjung di  PEDi Kg Pantai Merchang seperti kemudahan komputer yang mana terdapat 20 buah komputer untuk kegunaan pengunjung selain itu juga terdapat kemudahan mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), laminate dan binding. Dan yang paling best kemudahan internet adalah percuma kepada pengunjung yang menjadi ahli  PEDi Kg Pantai Merchang iaitu 1 jam pertama penggunaan komputer. Kadar bayaran untuk ahli juga adalah tersangat murah diberikan kepada yang berminat untuk menjadi ahli di PEDi kami J. PEDi Kg Pantai Merchang dibuka pada SETIAP HARI bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan ditutup pada cuti umum jadi datanglah beramai-ramai berkunjung ke  PEDi Kg Pantai Merchang , kami disini sangat mengalu-alukan kedatangan anda J…