NEWSLETTER PENGANTUNAN DALAM TALIAN
Apa Itu Pengantunan Dalam Talian?
- Pengantunan dalam talian adalah taktik individu berniat jahat untuk memperdaya kanak-kanak atau remaja dengan tujuan eksploitasi seperti pemerasan atau penderaan.
Bahaya Pengantunan Dalam Talian:
- Boleh menyebabkan penderaan fizikal dan emosi.
- Mengakibatkan trauma jangka panjang.
- Berisiko menjadi mangsa pemerasan dan eksploitasi seksual.
Tanda-Tanda Pengantunan Dalam Talian:
- Individu tidak dikenali mendekati secara tiba-tiba.
- Meminta maklumat peribadi atau gambar.
- Memberi hadiah atau pujian secara berlebihan.
- Mengajak berkomunikasi secara rahsia.
- Menggunakan ugutan atau pemerasan.
Cara Mencegah Pengantunan Dalam Talian:
- Jangan kongsi maklumat peribadi.
- Berhati-hati dengan individu mencurigakan.
- Gunakan privasi media sosial dengan betul.
- Berbincang dengan ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai.
- Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa, LAPORKAN SEGERA!Talian Kasih 15999
Pertanyaan lanjut:+6016-2698542 / sosafeshield@creativecentury.my.onmicrosoft.com
Jangan biarkan diri anda atau orang tersayang menjadi mangsa!
#KeselamatanSiber #StopGrooming #JanganTertipu
Sekian, terima kasih.