RESTORAN TERAPUNG SELERA D’SUNGAI
Apabila berkunjung ke Merchang jangan lupa singgah makan di RESTORAN TERAPUNG D’SUNGAI kerana ianya akan memberi 1001 kenangan yang manis dalam lipatan kenangan anda. pelbagai sajian ala thai dan melayu di hidangkan, dan yang paling menarik restoran ini adalah diatas air dan kelihatan bot-bot nelayan berhampiran reatoran ini.
LOKASI KE RESTORAN TERAPUNG D’SUNGAI
Terengganu sinonim dengan keropok lekor dan nasi dagang yang sangat popular dikalangan pelancong tempatan mahupun luar Negara. Dengan mengambil namanya Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air yang diiktiraf pada 1 January 2008 sebahagian makanannya terdiri daripada ikan dan hasil laut. Antara makanan yang selalu menjadi tarikan kalau berkunjung ke Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, pulut lepa, sata’, ketupat sotong, laksam, akok, dodol panas, rojak kateh, puteri mandi, loklit dan banyak lagi makanan tradisional masyarakat Terengganu.
Nasi Dagang
v Merupakan antara makanan warisan Terengganu yang paling popular
v Terdiri daripada beras pulut dan beras biasa yang dicampur bersama dengan santan kelapa
v Kuahnya terdiri daripada ikan aya ataupun ikan tongkol beserta acar timun
v Boleh didapati di kedai-kedai makanan di Terengganu
Maggie Ketam & Ketam Masak Napprik Pau
v Boleh didapati di Merchang Tomyam & Seafood Maggie Ketam
Keropok Lekor
v v Mempunyai pilihan samada rebus ataupun goring dan yang terbaru keropok lekor yang diletak cheese
v v Boleh didapati di seleruh kawasan di Terengganu dan yang paling popular di Kg. Losong, Kg. Bukit Tok Beng, Mengabang Tapah dan Keropok 008 di Kelulut Marang.
Pulut Lepa
v Masyarakat Terengganu memanggil pulut lepa tetapi bagi orang luar memanggilnya pulut panggang.
v Pulut lepa diisi dengan inti ikan dibalut dengan daun pisang dan dibakat atau dipanggang.
v Boleh didapati di Pasar Besar Kedai Payang, Pasar Chabang Tiga, gerai-gerai di sekitar Ladang dan juga warung-warung di sekitar Terengganu.
Sata
v v Ianya juga sangat popular di kalangan pelancong dan masyarakat sekitar Terengganu.
v v Diperbuat daripada isi ikan, kelapa parut,lada ,garam, halia dan gula.
v v Boleh didapati di sekitar kedai di terengganuterutamanya di kelulut, chendering, dan kemaman.
Ketupat Sotong
v Hidangan ini sukar didapati kerana ianya mengikut musim mencandat sotong di Terengganu.
v Sotong akan diisi dengan beras pulut dan dimasak dengan santan.