Tajuk: Asas Komunikasi Visual
Tarikh: 18 September 2025 (Khamis)
Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Platform: Zoom
Anjuran: NADI Nurture eKelas Usahawan
Ringkasan Program:
Webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan mengenai asas komunikasi visual dalam pemasaran digital. Antara topik utama yang dikongsikan termasuk prinsip penting komunikasi visual, teknik menghasilkan reka bentuk visual untuk media sosial, serta cara menggunakan elemen visual bagi menarik dan mengekalkan pelanggan.
Kesimpulan:
Program ini berjaya membantu peserta memahami peranan komunikasi visual dalam memperkukuh strategi pemasaran serta meningkatkan keberkesanan jenama secara dalam talian.