Program Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah telah dijalankan pada 8 November 2025. Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya bagi mata pelajaran Sejarah. Program ini disertai oleh dua orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Sepanjang sesi tersebut, pelajar mendapat pelbagai tips menjawab soalan, teknik menjawab esei dan objektif, serta pencerahan tentang tajuk-tajuk penting yang sering keluar dalam peperiksaan. Secara keseluruhannya, webinar ini memberi manfaat besar kepada peserta dalam meningkatkan kefahaman dan persediaan mereka menghadapi SPM.