

TUJUAN
Pi1M Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
AKTIVITI
Hari Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kg Pantai Merchang telah membuat pelbagai aktiviti dalam menjayakan Hari Dashboard pada bulan ini iaitu dengan aktiviti seperti Taklmat dashboard dan E-waste, Pemeriksaan Kesihatan dengan menggunakan I-Health, Kuiz Dashboard komuniti, Bengkel promosi produk, cabutan bertuah,dan Sesi penerangan My Soal atau hebahan. Aktiviti kali ini telah mendapat kerjasama daripada KOSPEN dan Pustaka Desa Kg Merchang.
