

TUJUAN
Program “Lestari Ict dan Cakna Kesihatan” bersama pusat internet kg pantai merchang adalah bertujuan memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, mpkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
AKTIVITI
Seramai 101 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program “Lestari Ict dan Cakna Kesihatan” bersama pusat internet kg pantai merchang pada kali ini. Pelbagai aktiviti telah dibuat seperti senaman arobik, ceramah kesihatan, gosok gigi beramai-ramai, pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan, kuiz kesihatan online serta mewarna online untuk kanka-kanak. majlis berjalan dengan lancar dan telah berakhir pada pukul 1.00 petang.