mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAY – QURAN HOUR DUNIA BERBUDI DAN PENYAYANG

300519

300519

IMG 20190530 WA0024

TUJUAN

#QuranHour merupakan sebuah kempen berimpak tinggi yang diinisiatifkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal. Ia adalah sebuah usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan. Kempen ini merupakan suatu inspirasi agar manusia mampu  melonjakkan potensi diri berlandaskan kerangka fikir al-Quran.

World #QuranHour pada 25 Ramadan 1440H bersamaan 30 Mei 2019 dengan tema Solusi Cabaran Sejagat” daripada Surah Al Kahfi pada tahun ini; adalah kempen membentuk landasan solidariti Ummah seluruh dunia di bawah naungan al-Quran dengan mengambil semangat dan keberkatan 10 hari terakhir Ramadan. Ia adalah usaha membentuk komitmen untuk melakukan transformasi diri ke arah yang lebih baik . 

Penghayatan surah ini dihasratkan memberi persediaan dari perspektif fizikal, emosional, intelek dan spiritual dalam konteks Qurani kepada masyarakat dalam menangani dunia era VUCA (Volatile, Uncertainty, Complexity, Ambiguity). 

Kefahaman dari Surah Al-Kahfi InshaAllah menjadi benteng dan landasan agar Ummah berupaya mengemudi kehidupan mengikut panduan al-Quran dari kerangka digariskan oleh Allah S.W.T.

AKTIVITI

seramai 21 orang telah menyertai Quran Hour pada kali ini. World #QuranHour menjadi asas penyatuan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latarbelakang, ideologi, fahaman politik, ras etnik  mahupun agama; pemimpin mahupun rakyat. Sebaliknya al-Quran, adalah titik temu kebangkitan dan penyatuan Ummah hingga lahirnya sebuah dunia yang Rahmah, Berbudi dan Penyayang. ianya dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah al-Kahfi.

Gambar Disini