Bengkel Mahir Tiny Techies telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah dalam bidang teknologi dan kemahiran digital. Seramai 3 orang murid telah menyertai bengkel ini yang berlangsung pada 02 Ogos 2025 di NADI Kg Pantai Merchang secara online.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk pengenalan kepada pengaturcaraan asas menggunakan kaedah blok, permainan pembelajaran interaktif, serta asas robotik. Peserta menunjukkan minat dan kerjasama yang sangat baik sepanjang bengkel berlangsung.
Secara keseluruhan, bengkel ini berjaya mencapai objektif dan memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta bermanfaat kepada murid. Program ini dicadangkan untuk diteruskan dan diperluaskan ke sekolah lain.