Webinar Kesejahteraan Kendiri bertajuk “Saya Sihat, Tapi Positif? Mitos & Fakta Tentang HIV & STD” (W080) anjuran NADI Kampung Pantai Merchang telah diadakan secara dalam talian. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang fakta sebenar HIV dan STD, membetulkan salah faham serta meningkatkan kesedaran masyarakat. Peserta mendapat penerangan, sesi interaktif mitos dan fakta, serta peluang soal jawab bersama penceramah. Secara keseluruhan, program berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta.
Laporan Aktiviti
September 10, 2025