mcmc
Laporan Aktiviti

Program 5 Pillar NADi4U SAFE: Keselamatan Internet & Aktiviti Menarik di SM Agama Marang!

TUJUAN

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan internet

AKTIVITI

Pada 19 Disember 2024, Program 5 Pillar NADi4U SAFE di Sekolah Menengah Agama Marang yang di kendalikan oleh NADI Kluster Marang telah berlangsung dengan penuh kejayaan! 🌐💻

Selain memberi pendedahan mengenai keselamatan internet, program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik:

*Pemeriksaan Kesihatan – Pelajar berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan asas untuk memastikan kesejahteraan fizikal mereka terjaga. 💪💉

*Game Fast Typing – Satu aktiviti yang menguji kelajuan menaip pelajar! Pelajar bersaing untuk menaip secepat mungkin, dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran menaip mereka. ⌨️💨

Sesi interaktif ini bukan sahaja mendidik pelajar tentang keselamatan dalam dunia digital, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk meningkatkan kesihatan dan kemahiran dalam suasana yang menyeronokkan. 🎮

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat! Semoga program ini memberi manfaat berterusan kepada semua yang hadir. ❤️

#NADi4U#5PillarProgram#KeselamatanInternet#SekolahMenengahAgamaMarang#FastTypingGame#PemeriksaanKesihatan#SafeInternet#nadiklustermarang

Gambar Disini