mcmc
Maklumat Setempat

DIGITAL CREATIVE CONTENT CREATION COMPETITION 2017

Dc3 posters

Dc3 posters

As Salam & Selamat Sejahtera Tuan/Puan,

Untuk makluman, pihak Fakulti Multimedia Creative, Multimedia University (MMU) dengan kerjasama Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) menganjurkan Digital Creative Content Creation Competition 2017.

Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.

Kategori pertandingan :

  1. Photography (Fotografi)
  2. Digital Image Manipulation (Manipulasi imej digital)
  3. New Media (Media Baru)
  4. Video-Short Movie (Video- Cerita Pendek)

Penyertaan adalah secara atas talian, sila layari https://dc3awards.com/

Tarikh Tutup : 31 October 2017.

Disertakan bersama emel ini adalah poster pertandingan bagi tujuan promosi dan maklumat lengkap pertandingan untuk rujukan Tuan/Puan.

Sehubungan itu, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menghebahkan dan berkongsi maklumat ini kepada semua Pusat Internet 1Malaysia. Pihak MCMC amat mengalu-alukan penyertaan dari warga PI1M dan komuniti sekitar PI1M.

Bagi tujuan pemantauan penglibatan dan prestasi PI1M, mohon kerjasama setiap PI1M yang menghantar penyertaan untuk mengisi juga maklumat seperti di link berikut :

Digital Creative Content Creation Competition 2017

Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini, sila salurkan kepada admin@dc3awards.com/