mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JAN 2024 – KAUNTER PENGISIAN PADU

 

TUJUAN

Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu platform tunggal dikenali sebagai sistem Pangkalan Data Utama atau PADU yang bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar. Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU.

Bagi penduduk Marang, anda boleh hadir ke kaunter PADU yang dibuka di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Pengkalan Berangan dan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Kampung Pantai Merchang bermula 3 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024. Pastikan anda membawa maklumat dan dokumen penting seperti kad pengenalan, maklumat bank, pendidikan tertinggi, maklumat pekerjaan, maklumat pendapatan dan maklumat komitmen. Pengemaskinian secara online juga boleh dibuat dilaman web PADU; www.padu.gov.my

AKTIVITI

Pengguna perlu membuat pendaftaran secara online sendiri dan juga boleh mendaftar melalui pegawai DOSH (pegawai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia) 

pengguna perlu memasukan semua maklumat yang diperlukan

pegawai yang terlibat dengan kaunter bergerak akan berada di beberapa buah PEDi bagi pengisian ini sehingga tarikh tutup pendaftaran.

PEDi membantu mempromosi dan persediaan tempat bagi pegawai PADU.

memastikan pengguna berada dalam keadaan selesa dan membantu jika diperlukan

Gambar Disini